Friday, October 22, 2010

KANGKUNG GORENG BELACAN

Lauk senang & simple tapi sedap.
Kalau nak cepat, potong kangkung siap2 (saya guna gunting), masuk dalam beg plastik dan simpan dalam peti ais. Masa nak masak baru keluarkan. Pastu rendam sekejap dalam air garam (supaya kotoran/pasir hilang). Boleh jimatkan masa siang-menyiang ni.

Resepi ni amik dari buku resepi Chef Nazira Noran.


Bahan A :
  • 1 ikat kangkung (dipotong)
  • 1/2 biji cili merah (dipotong nipis)
  • 2 ekor sotong (dihiris bulat)
  • garam (jika perlu, belacan dah masin)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit air (bagi ada kuah sikit)

Bahan B (ditumbuk) :
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 2 sudu makan udang kering
  • 4 biji cili padi

Caranya :

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili merah.
  2. Masukkan sayur kangkung dan sotong. Masukkan sedikit air sekiranya terlalu kering.
  3. Sesuaikan rasa dengan garam. Kacau sehingga sebati.

Sotong dimasukkan agak lewat supaya isinya tak liat.

**Goreng sekejap sahaja sayur hijau bagi mengekalkan khasiatnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

IKLAN