Sunday, July 4, 2010

KUETIAU LADNA

Salam malam semua..dah banyak hari tak update blog ni..ntah apa la yg dibzkan..

Dinner buat kuetiau ladna pulak. Resepi refer buku Dapur Xpress Chef Kamarul. Sedap tapi masa nak hidang & makan 'ter'kering pulak. Mana pi kuah dia ntah. Maybe terlebih air tepung jagung kot..tu la nak pekat2 sangat sampai ilang abis kuah.



Bahan A :
  • 300 gm Kuetiau
  • 1 sudu besar kicap lemak masin
  • 1 sudu besar minyak masak

Bahan B : Kuah
  • 100 gm udang (dibuang kulit)
  • 100 gm sotong (dipotong kiub)
  • 100 gm isi ayam (dihiris)
  • 1 biji telur (putih)
  • 100 gm lobak merah (dihiris)
  • 50 gm kailan
  • 10 gm jagung muda
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar tepung jagung (dicampur air)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan stok ayam
  • 1 sudu besar kicap cair
  • lada putih secukup rasa

Cara membuatnya :

Bahan A :

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tuangkan kicap dan masukkan kuetiau. Goreng seketika, angkat dan letakkan di dalm pinggan.


Untuk kuah :
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan ayam, sotong dan udang.
  3. Masukkan sos tiram dan stok ayam.
  4. Selepas itu masukkan semua sayur-sayuran.
  5. Masukkan pula kicap cair dan lada putih.
  6. Pekatkan dengan tepung jagung dan masukkan telur, kacau dan tutup apinya.
  7. Akhir sekali tuangkan di atas kuetiau tadi.

"Hidangan ini sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak terlalu pedas. Pesakit yang mempraktikkan 'soft diet' terutama selepas pembedahan juga amat sesuai menikmati hidangan ini"

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

IKLAN