Wednesday, June 16, 2010

PISANG BERSALUT COKLAT

Pepagi dah buat pisang bersalut coklat ni..anak demam tanak makan apa2 pagi tadi.
Selak2 buku panduan pemakanan anak sihat & pintar tanya "zaquan nak makan ni tak??" dia nak...kebetulan lak pisang ada, buat jela janji dia nak makan something..


Bahan-bahan (2 orang) :

5 biji pisang emas
200 gram coklat masakan
Coklat rice berwarna-warni sebagai hiasan
Lidi pencucuk sate

Caranya :
  1. Pilih buah pisang emas yang sederhana saiznya. Buang kulit pisang dan cucukkan dengan pencucuk sate.
  2. Jerang air di dalam periuk hingga mendidih dan cairkan coklat secara double boil. Cara ini bermaksud, anda menggunakan 2 bekas. Pertama, coklat yang sudah dihiris kecil-kecil dimasukkan ke dalam bekas mudah panas. Kemudian masukkan bekas tadi ke dalam air yang sudah dijerang. Kacau coklat tadi sehingga cair.
  3. Setelah itu, tuang coklat ke dalam mangkuk dan celup pisang ke dalamnya sementara ia masih panas dan cair. Pastikan seluruh pisang dibaluti dengan coklat. Selepas itu, angkat pisang tadi dan golekkan pisang tersebut ke dalam coklat rice yang berwarna warni.
  4. Sejukkan pisang sehingga coklat menjadi keras dan tidak melekat di jari. Simpan di dalam peti sejuk.
  5. Hidangkan segera sebelum coklat menjadi cair. Jika tidak habis, simpan semula ke dalam peti sejuk.


INFO :

"Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid
lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko
pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semulajadi.

Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein
berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal
atau sejumlah kismis dengan berat yang sama."

3 comments:

JaSSNaNi said...

nyummm nyummmm... budak2 mesti suka..
sebab ade coklat and wane wani tu.. :)

sedap makan kalau nak relaks2 ni... :P

azeefazfar said...

betul3..semalam anak kiter tak abis makan, mak dia yg abiskan..simpan dlm peti ais dulu, sejuk2 best

ShazrTrisa said...

kalau tak letak rice warna wrni tu , gnti dgn cheese pon sedap !
(:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

IKLAN