Monday, June 7, 2010

KHASIAT GAJUS

Info ni saya dapat dari majalah mingguan wanita..kebetulan semalam masak ikan kung pao (tapi tak letak gajus sbb takde), ternampak pulak artikel ni..sebelum ni tak penah perasan pun, walhal majalah ni dah nak hancur..baik abadikan kat blog ni boleh gak share ramai2..


GAJUS kuatkan gigi

"Sering dijadikan penyedap dalam aneka hidangan nasi, gajus mengandungi pelbagai zat mineral seperti magnesium, fosforus, kalsium, zink, selenium, zat besi dan pottasium.
Kepelbagaian vitamin seperti vitamin B6, vitamin K, pantothenic, vitamin C, vitamin E, niacin, folat, riboflavin, dan thiamin juga membuatkan kacang dari Brazil ini kaya dengan nilai perubatan.
Kandungan sodium yg tinggi menjadikan gajus ampuh dalam mengubati penyakit hipertensi dan diabetes. Sedangkan fiber semulajadi yg terkandung di dalam gajus mampu memelihara kesihatan gusi dan gigi sekiranya individu mengunyahnya dengan kerap.
Selain itu, gajus juga mengandungi antioksidan yg mampu mengurangkan risiko kanser serta penyakit karsinogenik. Untuk wanita menopaus, pengambilan gajus dalammenu harian dapat membantu menyenyakkan tidur, mengubati insomnia dan iritasi".

2 comments:

Noorma Ismail said...

akak suka gajus, dari buah, bjik sampai ler ke pucuknya..sedap..tp batang kayu pokok gajus takdelah akak makan..wakahkahkah... mungkin sbb dari dalam perut dh makan gajus kot, sbb tu minat kat gajus sampai sekarang...

azeefazfar said...

sedap la pulak sebut pucuk gajus ekk..lama tak makan..kena cari kat pasar malam nih

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

IKLAN